BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA - SANGGABUANA


Sumber : Youtube

https://youtu.be/yTAiKqaC-QE

Assalamualaikum dan hai semua! 


Kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan video simpulan bahasa yang dihasilkan oleh kumpulan kami. 


Untuk pengetahuan anda semua, simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Bukan itu sahaja, maksud simpulan bahasa juga adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Simpulan bahasa yang digunakan oleh kumpulan kami ialah pisau cukur, puteri lilin, tin kosong, wang kopi, buah fikiran, buah tangan, tidur mati, pukul curi, titik peluh, potong leher, tulang belakang, tidur tidur ayam, buah hati, buah pena, tolak ansur, lampu hijau, buka mata, buka tembelang dan buku lima. 


Untuk menghasilkan video yang sempurna, kami mulakan tugas, pengarah tugasan kami mula mengadakan perbincangan bersama-sama ahli kumpulan untuk mengetahui cara bagi menghasilkan gambar dengan makna simpulan bahasa yang saya sebutkan di atas. Setiap ahli kumpulan diberikan masa selama lebih kurang seminggu untuk menghasilkan makna simpulan bahasa ini melalui lakonan dalam gambar. 


Selepas kami selesai menangkap gambar,  pengarah kami pula memainkan peranan penting untuk meneliti setiap gambar yang dihasilkan bagi memastikan ia bertepatan dengan makna simpulan bahasa yang dipilih. Di samping itu, ahli kumpulan yang memegang jawatan sebagai editor-editor mengikut asas fotografi juga berperanan memastikan setiap gambar yang dihasilkan bersesuaian dengan asas fotografi masing- masing. Dalam masa yang sama, pengarah muzik memilih muzik instrumental Melayu yang sesuai untuk dimuatkan dalam video ini.


Selepas pengarah idea dan konsep serta pengarah susunan video menemui kata sepakat berkenaan penghasilan video, penerbit mula mengedit dan menyusun gambar-gambar yang dihasilkan ke dalam bentuk video mengikut arahan yang ditetapkan oleh Prof. Dr. Normaliza. Setelah siap, pengarah memeriksa video yang dihasilkan dan memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik ke Youtube Channel dan blog masing-masing. Setelah itu, editor teks pula menghasilkan huraian untuk dimuatkan ke dalam video ini.


Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan kami yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video simpulan bahasa ini berjalan dengan lancar. Semoga video simpulan bahasa ini memberi manfaat kepada anda semua.


Sekian. Terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 3 -BAHAN ASAS GRAFIK - SANGGABUANA

BBM3410-2021-MINGGU 7-VLOG HARI RAYA KUMPULAN SANGGABUANA