BBM3410-ASAS GRAFIK- TEKS (INTERNET)- SANGGABUANA
- Get link
- X
- Other Apps
Tema | Papan iklan |
Rujukan | Google image (AFO) |
Huraian | Berdasarkan papan iklan yang dinyatakan, mesej yang hendak disampaikan adalah jelas dan mudah difahami. Hal ini dikatakan demikian kerana, jenis dan saiz font yang dipilih ada sesuai dengan mesej yang hendak disampaikan. Begitu juga dengan pemilihan warna pada teks yang sesuai sehingga membolehkan maklumat ditafsir dengan jelas oleh pembaca. Oleh hal yang demikian, pemilihan jenis, saiz dan warna font merupakan satu perkara yang penting dalam menghasilkan grafik supaya maklumat yang disampaikan jelas dan tidak mengalami kekaburan makna. |
Tema | Poster (Hana) |
Rujukan | Aplikasi Instagram |
Huraian | Penggunaan teks dalam poster ini sangat menarik dan bersesuaian. Jenis teks yang terdapat dalam foto di atas mudah untuk dibaca dan bersesuaian dengan mesej yang hendak disampaikan . Bukan itu sahaja, teks yang tertera juga jelas dan bersesuaian dengan latar serta grafik lain yang terdapat dalam foto ini. Pemilihan teks yang menarik dan bersesuaian membantu dalam menyampaikan maklumat yang berkesan kepada audien.. |
TEMA | BILLBOARDS IKLAN |
RUJUKAN | Google Images |
HURAIAN | Berdasarkan gambar di atas tulisan merah tersebut membantu penonton untuk melihat dengan jelas. Selain itu, walaupun tulisan pendek ringkas dan padat tetapi penyampaiannya sampai kepada penonton. Gambar kerusi itu juga memainkan peranan menceritakan lagi tentang perabot di ikea. |
Tema | Minuman Bertenaga |
Rujukan | Google Image |
Huraian | Teks yang bertulis di foto tersebut ringkas menerangkan berkaitan fungsi ataupun pengetahuan orang atau masyarakat berkaitan minuman Nestle Milo. “ energi untuk menang tiap hari” merujuk kepada air minuman Milo yang dikenal minuman memberi bekalan tenaga yang penuh dan sarat dengan khasiat vitamin dan mineral serta malt coklat. Teks dalam gambar tersebut mudah dan ringkas serta mudah untuk orang mengetahui berkaitan minuman Milo tersebut. |
Tema | Kata-kata Kehidupan (zara) |
Sumber | Google Image |
Huraian | Penggunaan teks dalam grafik di atas menunjukkan kesepadanan di antara latar dan teks tersebut. Grafik tersebut berlatarkan kertas contengan warna yang pelbagai untuk menunjukkan kesenian yang mengandungi pelbagai warna. Teks ‘ Hidup adalah seni gambar tanpa satupun penghapus’ membawa makna segala yang terjadi tidak boleh dipadamkan. Begitu juga perlambangan yang digunakan dalam grafik tersebut iaitu alat lukisan yang mempunyai warna dan kertas lukisan yang dipenuhi warna. Namun, tiada penghapus seperti pemadam untuk menghapuskan kesan contengan yang telah berlaku dalam grafik tersebut. |
Tema | Motivasi |
Rujukan | |
Huraian | Gambar menunjukkan kata-kata motivasi bagi seseorang untuk terus bersenam. Teks yang ditonjolkan memberi kesedaran kepada audien untuk terus fokus kepada impian dan jangan berputus asa. Figura yang ditunjukkan juga mempunyai kaitan yang bermakna kepada teks. Figura yang sedang berlari ke hadapan menggambarkan maksud teks tersebut yang berpesan kepada audien supaya sentiasa fokus kepada impian yang berada di hadapan mereka. |
Tema | Poster Covid-19 (Hazifah) |
Sumber | Google image |
Huraian | Berdasarkan poster tersebut, mesej yang ingin disampaikan sangat jelas dan dapat difahami dengan baik. Hal ini kerana penggunaan teks yang ringkas dan padat itu memudahkan pembaca untuk memahaminya. Saiz dan warna font juga memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan poster ini. Dalam poster itu, perkataan yang ingin ditekankan itu menggunakan huruf besar dan warna yang terang iaitu warna merah. Oleh itu, teks tersebut berkesan dalam menarik perhatian pembaca. |
Tema | Pencuci pakaian |
Sumber | Google image |
Huraian | Berdasarkan poster berikut, penggunaan teks adalah mudah, ringkas dan senang difahami. Mesej yang disampaikan juga adalah padat. Penggunaan warna yang cerah juga menarik audien untuk melihatnya. Info yang diberikan dalam poster pencuci pakaian keluaran INAS Global Sdn, Bhd. tersebut juga adalah secara terperinci. Hal ini dapat memudahkan audien untuk mendapat info yang jelas. |
Tema | Iklan jenama telefon pintar |
Sumber | Google image |
Huraian | Berdasarkan iklan telefon pintar tersebut, mesej yang hendak disampaikan adalah jelas. Jenis, saiz serta kedudukan font adalah jelas dan tidak mengelirukan pembaca. Warna font juga terang dan senang untuk dilihat. Oleh itu, kesesuaian saiz dan jenis font hendaklah ditekankan untuk menimbulkan lagi maklumat yang terdapat di dalam sesebuah gambar. |
Tema | Iklan MCD |
Rujukan | Google Image |
Huraian | Berdasarkan gambar di atas, kita dapat menganggap ia merupakan sebuah promosi iklan burger di restoran makanan segera. Teks yang ditunjukkan telah mendominasikan poster tersebut sebagai promosi sebuah burger. Poster tersebut jelas menunjukkan “Spicy Korean Burger Buy 1 Free 1 Deal” bagi promosi yang dilakukan oleh restoran makanan segera tersebut. Kontra terhadap warna ilustrasi hidangan dan warna latar belakang telah menonjolkan gambar hidangan tersebut yang dapat difahami oleh khalayak. |
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment