Sumber : Youtube https://youtu.be/yTAiKqaC-QE Assalamualaikum dan hai semua! Kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan video simpulan bahasa yang dihasilkan oleh kumpulan kami. Untuk pengetahuan anda semua, simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Bukan itu sahaja, maksud simpulan bahasa juga adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Simpulan bahasa yang digunakan oleh kumpulan kami ialah pisau cukur, puteri lilin, tin kosong, wang kopi, buah fikiran, buah tangan, tidur mati, pukul curi, titik peluh, potong leher, tulang belakang, tidur tidur ayam, buah hati, buah pena, tolak ansur, lampu hijau, buka mata, buka tembelang dan buku lima. Untuk menghasilkan video yang sempurna, kami mulakan tugas, pengarah tugasan kami mula mengadakan perbincangan bersama-sama ahli kumpulan untuk
Banting/ banner Banting atau kain rentang adalah salah satu medium pengiklanan atau hebahan yang baik dan berkesan. Banting sering digunakan oleh syarikat untuk memperkenalkan atau mempromosi produk yang dijual. Bahan-bahan yang biasa digunakan dalam pembuatan banting adalah seperti tarpaulin, vinyl, synthetic paper dan kovex . Bukan itu sahaja, kualiti printing bagi setiap banting yang dihasilkan juga adalah berbeza mengikut dot per inch . Bagi iklan kasut, banting yang direka mestilah mempunyai imej dan warna yang menarik. Penggunaan imej dan warna yang menarik membantu dalam memastikan banting tersebut mudah dilihat dan menarik perhatian orang awam. Bukan itu sahaja, banting yang diletakkan juga perlulah di tempat yang strategik agar mudah menarik minat orang awam untuk membelinya. Hal ini dikatakan demikian, kerana keberkesanan iklan melalui banting ini sangat bergantung kepada design dan lokasi banting tersebut diletakkan.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor. 1) Video One Shot One Layer Sumber : Youtube https://youtu.be/c1F46ZLBYCw 2) Video One Shot Two Layer Sumber : Youtube https://youtu.be/-dB0fbCPvzk 3) Video One Shot Three Layer Sumber : Youtube https://youtu.be/JLl3tIP8GYw Assalamualaikum dan hai semua! Untuk post kali ini, kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan hasil video kami iaitu video one shot. Untuk pengetahunan anda, video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir video kerana memerlukan bahagian kredit bagi tugasan ini. Video one shot ini juga boleh dirakam dengan kaedah one shot two layer dan one shot three layer. One shot two layer dirakam dengan meletakkan penyanyi bersama-sama dengan pelakon atau objek yang bergerak manakala video one shot three layer pula meletakka
Comments
Post a Comment