BBM3410-2021-MINGGU 3 -BAHAN ASAS GRAFIK - SANGGABUANA
- Banting/banner
Banting
atau kain rentang adalah salah satu medium pengiklanan atau hebahan yang baik
dan berkesan. Banting sering digunakan oleh syarikat untuk memperkenalkan atau
mempromosi produk yang dijual. Bahan-bahan yang biasa digunakan dalam pembuatan
banting adalah seperti tarpaulin, vinyl,
synthetic paper dan kovex. Bukan
itu sahaja, kualiti printing bagi
setiap banting yang dihasilkan juga adalah berbeza mengikut dot per inch.
Bagi iklan kasut, banting yang direka mestilah mempunyai
imej dan warna yang menarik. Penggunaan imej dan warna yang menarik membantu
dalam memastikan banting tersebut mudah dilihat dan menarik perhatian orang
awam. Bukan itu sahaja, banting yang diletakkan juga perlulah di tempat yang
strategik agar mudah menarik minat orang awam untuk membelinya. Hal ini
dikatakan demikian, kerana keberkesanan iklan melalui banting ini sangat
bergantung kepada design dan lokasi
banting tersebut diletakkan.
Perkara yang perlu ada dalam banting
bagi iklan kasut ialah pemilihan warna yang menarik dan sesuai. Berdasarkan
banting di atas, pemilihan warna oren dan hitam sebagai warna latar amat
bersesuaian dengan kasut yang berwarna biru. Latar yang berwarna oren pula
dipadankan dengan warna tali kasut sukan tersebut. Hal ini membantu imej kasut
tersebut agar kelihatan sangat menonjol dan tidak tenggelam.
Bukan
itu sahaja, teks yang digunakan dalam banting iklan kasut juga perlulah jelas
dan bersesuaian dengan konsep yang ingin diketengahkan. Teks yang digunakan
dalam banting di atas sangat menarik, menonjol dan bersesuaian dengan konsep
iklan kasut sukan. Bukan itu sahaja, teks yang digunakan juga tidak terlalu
padat dan ringkas. Ia memudahkan lagi penyampaian mesej bagi banting iklan
kasut sukan ini.
- Pamphlet
Pamplet merupakan satu medium untuk
sesebuah syarikat atau pengeluar untuk menjalankan promosi bagi memasarkan
produknya. Pamplet ini juga dikenali sebagai risalah yang dilengkapi
dengan teks dan dihiasi dengan pelbagai jenis grafik untuk kelihatan lebih menarik.
Selain itu, pamplet juga merupakan satu kepingan kertas yang boleh
dihasilkan dalam bentuk selembar kertas yang dilipat dua, dilipat tiga atau
dilipat empat bahagian mengikut kreativiti dan kesesuaian perkara yang ingin
ditekankan dalam pamplet tersebut.
Halaman hadapan pamplet sebelum
dilipat tiga.
Halaman belakang pamplet
sebelum dilipat tiga.
Berdasarkan
pamplet yang ditunjukkan di atas, kami menekankan lima asas grafik untuk
menjadikan pamplet kami kelihatan menarik dan diterima oleh pembaca.
Kami menekankan pemilihan elemen teks yang pelbagai jenis dan saiz font yang berbeza untuk menunjukkan
perbezaan maklumat supaya pembaca dapat memahami setiap perkara yang kami
sampaikan dalam pamplet tersebut. Selain itu, kami juga menekankan
elemen warna iaitu pemilihan warna yang tidak terlalu banyak merangkumi imej
dan teks. Hal ini menjadikan pamplet kami bukan sahaja menarik tetapi
maklumat tidak bercampur dengan grafik yang terlalu berlebihan sehinggakan
maklumat menjadi sukar untuk difahami.
Seterusnya, kami juga menekankan
elemen keseimbangan kerana pamplet yang kami hasilkan dalam bentuk tiga lipatan
hadapan dan belakang. Hal ini amat penting agar susun grafik yang kami corakkan
pada pamplet tersebut seimbang kiri dan kanan serta atas dan bawah.
Begitu juga dengan elemen mudah dan kesesuaian, kami menekankan kedua-dua
elemen ini untuk memudahkan pembaca memahami pamplet yang kami hasilkan.
Buktinya, elemen mudah dan kesesuaian dapat dilihat hanya dengan sekali imbas
iaitu berkenaan dengan pengiklanan kasut sukan walaupun tidak membaca teks pada
pamphlet ini.
- Poster
Poster
merupakan suatu bentuk seni komunikasi yang melibatkan perhubungan dan
pengiklanan. Secara amnya, poster diterbitkan untuk menghasilkan suatu bentuk
pengiklanan. Ia juga bertujuan untuk memberi pengumuman tentang sesuatu
perkara. Poster juga kebiasaannya ditampal pada papan kenyataan dan juga di
dinding-dinding kawasan tertentu. Poster yang berhasil ialah poster yang mampu
menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan jelas, cepat dan berkesan.
Poster juga boleh dipersembahkan melalui dua cara iaitu menggunakan huruf
sahaja atau mencampurkan elemen huruf dengan ilustrasi seperti gambar dan
lukisan. Penghasilan poster mempunyai beberapa teknik yang boleh digunakan,
antaranya ialah teknik lukisan, catan, kolaj, cetakan dan campuran.
Berdasarkan
poster yang dihasilkan di atas, elemen yang diberatkan ialah elemen mudah.
Seperti mana yang difahami, elemen mudah dalam grafik dapat memberi kemudahan
kepada pembaca untuk memahami maksud yang terkandung dalam poster tersebut.
Jika dibaca dengan sepintas lalu, pembaca akan memahami bahawa poster merupakan
satu bentuk pengiklanan tentang kedai yang menjual kasut sukan iaitu SB
SPORT’S. Penggunaan gambar kasut sukan dalam poster tersebut mengukuhkan lagi
mesej yang menyatakan bahawa poster ini berkaitan dengan kedai yang menjual
kasut sukan. Penggunaan frasa ‘YOUR SOUL CHOICE’ pula menunjukkan bahawa
barangan yang dijual di kedai ini akan memenuhi citarasa pengguna terutamanya
pengguna yang berusia kurang dari 30 tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana,
kebanyakan pengguna yang berusia kurang dari 30 tahun sering menjadi pengikut trend
semasa.
Selain itu, penggunaan contengan
yang berwarna kuning menonjolkan lagi teks yang ditulis pada bahagian tersebut.
Hal ini sekali gus dapat menarik minat pembaca untuk ke kedai tersebut. Pada
bahagian contengan tersebut telah dinyatakan diskaun dan percuma pendaftaran
kad ahli di kedai SB SPORT’S. Pada bahagian bawah di penjuru kiri, maklumat
tentang kedai dan laman web kedai turut disertakan bagi memudahkan pembaca
untuk mengetahui lebih lanjut tentang kedai ini.
Bukan itu sahaja, teknik yang
digunakan dalam menghasilkan poster ini ialah teknik cetakan yang menggunakan
kemudahan komputer. Susunan dalam poster ini memudahkan pembaca untuk memahami
kandungan teks yang disertakan. Pembaca tidak akan berasa tertekan atau keliru
apabila membaca poster tersebut kerana pembaca akan mula membaca dari bahagian
atas hingga ke bawah.
Akhir sekali, penggunaan latar
belakang yang berwarna biru telah menyerlahkan lagi teks, corak contengan dan
juga gambar yang digunakan dalam poster ini. Maka, terhasillah satu bentuk
poster yang berkonsep ringkas tetapi dapat menarik minat pembaca dan pembeli.
- Gambar/foto
Gambar
didefinisikan sebagai sebuah alat untuk menyatakan maksud dari seorang Sarjana
Teknik (Bahasa Teknik). Sebagai bahasa teknik, gambar diharapkan dapat
meneruskan keterangan-keterangan secara tepat dan objektif. Gambar yang tepat
pula bergantung kepada kemampuan jurugambar. Selain itu, gambar yang baik
adalah gambar yang memudahkan pembaca memahaminya iaitu gambar yang menunjukkan
objek yang jelas dan tidak kabur.
Berdasarkan gambar yang dihasilkan di atas, elemen yang
diberatkan adalah elemen warna. Dengan sekali imbas, orang awam dapat
mengetahui bahawa gambar di atas adalah berkenaan dengan kasut sukan. Bukan itu
sahaja, gambar di atas juga berfokus kepada elemen warna. Warna yang terdapat
dalam gambar di atas kelihatan menarik. Gambar di atas tidak overlighted atau terlalu terdedah yang
boleh menyebabkan objek warna gambar terlalu terang atau cenderung menjadi
semua putih. Bukan itu sahaja, gambar di atas juga mengandungi tidak lebih
daripada tiga warna. Hal ini membantu orang awam yang melihat gambar ini untuk
kekal fokus dengan mesej yang hendak di sampaikan.
Akhir
sekali, terdapat juga teks pada bahagian bawah di penjuru kanan iaitu ‘NIKE’
yang menunjukkan nama produk pada gambar tersebut bagi memudahkan pembaca untuk
mengenal pasti produk dan mengetahui produk yang dilihat dalam gambar di atas.
- Billboard
Billboard
atau
papan tanda iklan merupakan suatu bentuk promosi iklan yang memiliki ukuran
yang besar dan diletakkan di tempat yang tinggi. Papan iklan biasanya berbentuk
empat segi dan mempunyai saiz yang berbeza dan dihasilkan dengan menggunakan
bahan seperti kayu, logam, fiberglass dan sebagainya. Kebiasaannya papan
tanda iklan dipasang di tempat yang dilalui oleh ramai orang seperti jalan
raya, namun terdapat juga papan tanda yang dipasang di premis perniagaan. Papan
tanda iklan yang dipasang di premis-premis perniagaan merupakan satu pengenalan
yang menjelaskan tentang aktiviti atau perniagaan yang dijalankan di premis
perniagaan tersebut. Seperti mana yang kita lihat di kebanyakan pusat bandar
terutamanya di kawasan perniagaan, papan tanda menjadi satu tarikan dalam
mempromosi perniagaan mereka kepada orang awam.
Berdasarkan
papan tanda yang dihasilkan, grafik tersebut lebih memberatkan kepada elemen
teks. Penggunaan ayat dan bahasa yang digunakan pada papan tanda iklan kasut
sukan tersebut tersusun dan ringkas. Hal ini membolehkan maklumat ditafsir
dengan jelas dan mudah oleh pembaca.
Selain itu, jenis dan saiz font
yang digunakan juga sangat ringkas dan mudah untuk dibaca dalam keadaan dan
masa yang singkat. Pemilihan warna teks juga memainkan peranan penting dalam
grafik papan tanda supaya dapat menarik perhatian pembaca untuk melihat dengan
jelas mesej yang disampaikan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebiasaannya
kedudukan papan tanda iklan tersebut berada di tepi jalan raya dan ia juga
berkait dengan faktor keselamatan pembaca.
Bukan itu sahaja, papan tanda iklan
kasut sukan ini juga mempunyai gabungan warna hitam, putih, dan kuning pada
teks. Apabila digabungkan dengan latar belakang biru, ia menaikkan lagi efek
pada papan iklan tersebut. Kombinasi warna teks yang digunakan juga agak
minimal iaitu tiga warna sahaja. Penggunaan warna kuning pada tulisan “RUN”
pula bertujuan untuk menekankan lagi maksud yang disampaikan iaitu berkenaan
dengan kasut sukan. Jadi, penggunaan warna yang kontra dan menarik pada papan
tanda iklan tersebut menimbulkan rasa tenang kepada pembaca untuk melihat iklan
yang dipaparkan. Oleh itu, pemilihan teks dan warna latar belakang yang ringkas
telah menonjolkan lagi gambar kasut tersebut sehingga membolehkan maklumat
dapat ditafsir dengan jelas dan mudah oleh pembaca.
- Video
Video
merupakan salah satu medium pengiklanan untuk mempromosikan sesebuah barangan
ataupun produk jualan sesuatu syarikat. Video pengiklanan dapat dihasilkan dan
ditayangkan di medium-medium seperti kaca mata televisyen dan media-media
sosial. Video pengiklanan dipaparkan secara visual dan audio dan memerlukan
editor untuk mengedit video pengiklanan tersebut. Video pengiklanan akan
menunjukkan idea sesebuah produk dalam bentuk gerakan dan bunyi yang menarik di
dalam video pengiklanan yang dihasilkan.
Video
ini memaparkan gambaran hadapan dan tepi kasut sukan tersebut. Video ini juga
menggunakan teknik close-up untuk memfokuskan bahagian kasut ketika
berjalan. Gambaran sukan takraw yang menunjukkan keselesaan kasut sukan yang
dipakai model juga terdapat dalam video ini. Bukan itu sahaja, terdapat juga
teknik close-up ketika model tersebut mengimbangi bola takraw. Hal ini
membantu video ini kelihatan eksklusif dan profesional.
Di samping itu, audio turut
dimasukkan bagi menaikkan aura positif berkaitan kasut sukan tersebut. Video
itu juga dimasukkan elemen sukan bagi mengaitkan dengan kasut sukan yang hendak
dipamerkan. Oleh itu, video ini mampu menonjolkan idea untuk menerangkan kasut
sukan yang dipamerkan bersesuaian untuk aktiviti sukan.
Comments
Post a Comment