BBM3410-2021-ASAS GRAFIK -KESESUAIAN(INTERNET)- SANGGABUANA
Tema |
Tempat pelancongan |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Dalam gambar yang dipaparkan, latar
tempat yang wujud ialah Dataran Helang, Langkawi, Kedah. Dataran Helang
merupakan tempat tumpuan utama yang telah menjadi satu kewajipan bagi
kebanyakan pelancong yang datang. Hal ini kerana, replika burung helang
tersebut merupakan mercu tanda yang menjadi daya tarikan di Pulau Langkawi.
Selain itu, latar masa yang digunakan dalam gambar tersebut adalah waktu pagi
seperti yang ditunjukkan iaitu adanya gugusan awan dan langit biru bagi
menggambarkan suasana yang mendamaikan pada waktu pagi. Bagi watak pula,
gambar tersebut menunjukkan sekumpulan pelancong yang mengambil peluang untuk
bergambar dengan replika burung helang itu. Oleh itu, latar tempat, masa dan
watak yang digunakan memenuhi elemen kesesuaian dalam gambar tersebut. |
Tema |
Poster Minuman |
Rujukan |
Aplikasi Instagram |
Huraian |
Foto di atas memenuhi elemen
kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana teks yang tertera dan gambar
seseorang memegang minuman dalam gambar di atas saling berkaitan antara satu
sama lain. Bukan itu sahaja, foto di atas juga memenuhi elemen kesesuaian
kerana poster yang ringkas dan jelas seperti ini sesuai digunakan untuk
mempromosi sesuatu barangan. Hasilnya, audien mudah memahami mesej yang ingin
disampaikan kerana setiap elemen yang terdapat dalam foto di atas sangat
bersesuaian. |
Comments
Post a Comment