BBM3410-2021-ASAS GRAFIK - WARNA (INTERNET) - SANGGABUANA

 


Tema

Poster

Rujukan

Google image (AFO)

Huraian

Berdasarkan poster yang dinyatakan, grafik yang dihasilkan dalam poster tersebut memenuhi elemen warna yang tidak terlalu berlebihan. Elemen yang warna diterapkan dalam poster tersebut adalah wajar kerana tidak lebih daripada tiga warna. Hal ini membolehkan poster yang dihasilkan bukan sahaja menarik, tetapi mesejnya lebih mudah difahami berbanding poster yang mempunyai banyak warna. Namun, penyesuaian elemen warna pada poster bergantung kepada mesej yang hendak disampaikan dan tidak menjadi kesalahan sekiranya elemen warna pada poster dihasilkan melebihi tiga warna.















Tema

Pemandangan (Hana)

Rujukan

Aplikasi Instagram 

Huraian

Grafik yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemandangan yang dilihat dari udara ini menunjukkan kombinasi warna yang menarik dan cantik. Warna air yang kebiruan dan bukit-bukau yang menghijau menimbulkan lagi warna yang menarik bagi grafik ini. Warna yang menarik dalam grafik ini menimbulkan rasa tenang kepada audien.







Tema

Alam Sekitar

Rujukan

Pinterest (syed abu bakar)

Huraian

Grafik yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dapat dibuktikan daripada kepelbagaian warna yang digunakan bagi menimbulkan keharmonian alam sekitar. Campuran warna hijau dan warna-warni bunga menambahkan keindahan pemandangan tersebut. Ia juga memberikan ketenangan kepada audien dan lebih menjadi seorang yang mesra alam.





Tema

Sungai - zarif

Rujukan 

Google Image

Huraian 

Elemen warna dalam foto sungai tersebut mengikut elemen grafik warna yang tidak melebihi tiga warna dalam satu masa. Air sungai yang warnanya biru kehijauan ditambahkan warna coklat kayu dan tanah serta kehijauan daun pokok cukup menimbulkan satu grafik warna yang tenang dan mendamaikan dalam foto tersebut. Elemen warna yang tidak serabutkan penglihatan serta kontra warna yang bersesuaian. 
















TEMA

PEMANDANGAN -aiman

RUJUKAN

APLIKASI TWITTER

HURAIAN

Berdasarkan gambar di atas, gabungan elemen warna biru langit dan hijau rumput memenuhi ciri-ciri elemen asas grafik warna kerana tidak melebih tiga jenis warna. Gambar di atas juga tidak merumitkan untuk penonton menikmati pemandangan keseluruhan sebuah stadium yang berpengkalan di London, United Kingdom iaitu pasukan bolasepak Chelsea Fc.










Tema

Ruang Kediaman (zara)

Sumber

Google Image

Huraian

Gambar yang dipaparkan adalah kawasan ruang tamu sebuah rumah. Konsep yang dibawakan dalam hiasan ruang tamu tersebut adalah konsep minimalis. Konsep minimalis merupakan sebuah konsep yang ringkas, teratur dan tidak memerlukan perabot dan perincian yang banyak. Warna cat yang digunakan adalah warna yang bersifat neutral seperti gabungan putih, hitam dan coklat. Dalam gambar tersebut, penghias rumah ini menggunakan gabungan warna putih, coklat dan sedikit warna kelabu. Konsep ini juga dapat mewujudkan ketenangan untuk penghuninya.


















Tema

Filem (Hazifah) 

Sumber

Google image

Huraian

Berdasarkan poster filem tersebut, terdapat tiga warna sahaja yang digunakan iaitu merah, hitam dan kuning. Pemilihan warna tersebut memberi kesan terhadap mesej yang disampaikan. Filem yang bertajuk “The Dark Knight Rises” ini membolehkan pembaca memahami dengan baik dan jelas disebabkan warna pada tulisan tersebut terang kerana berlatar belakang hitam. Oleh itu, pemilihan warna yang tepat dan sesuai dengan mesej dapat menjadikan grafik tersebut berkesan. 












Tema

Minuman

Sumber

Google image (Muhd Firdaus)

Huraian

Elemen yang hadir di dalam iklan minuman tersebut adalah elemen warna. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan warna yang tidak berlebihan daripada tiga warna. Hal ini membantu pembaca memahami iklan tersebut dengan lebih mudah. Makanya, maklumat yang cuba disampaikan oleh papan tanda tersebut tercapai.
















Tema 

Promosi iklan 

Sumber 

Google image ( Megat Imran Alhakim Bin Megat Trawies)

Huraian 

Berdasarkan iklan promosi diatas, penggunaan teks adalah mudah difahami dan jelas. Penggunaan warna merah dalam teks digunakan untuk menyampikan mesej yang disampaikan oleh syarikat pengiklanan tersebut dapat difahami dengan baik. Iklan promosi tersebut juga menyatakan diskaun yang diberikan bagi meyakinkan audien. Hal ini jelaslah menunjukan bahawa warna dalam iklan memainkan peranan penting dalam grafik.



















Tema

Bunga Raya

Rujukan

Google Image (najihah)

Huraian

Grafik yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dapat dibuktikan daripada kepelbagaian warna yang digunakan bagi menimbulkan keharmonian alam sekitar. Campuran warna hijau dan merah bunga menambahkan keindahan pemandangan tersebut. Ia juga memberikan ketenangan kepada audien dan lebih menjadi seorang yang mesra alam.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT KUMPULAN SANGGABUANA

BBM3410-2021-MINGGU 4- CERITA SOSIAL