BBM3410-2021-ASAS GRAFIK - TEKS (Gambar sendiri) -SANGGABUANA
- Get link
- X
- Other Apps
Tema | Sayur-sayuran |
Rujukan | Gambar sendiri (Siti Nurhana Shafirah binti Mat Nazir) |
Huraian | Foto di atas memaparkan teks yang jelas dan tidak sarat. Pemilihan teks yang ringkas dan menarik telah menarik minat audien untuk membaca mesej yang ingin disampaikan. Meskipun mesejnya sangat ringkas, ia dapat difahami dengan mudah kerana pemilihan teks yang ringkas dan berkesan. Oleh itu, teks yang digunakan sesuai dan berkesan. |
Tema | Pemandangan Alam Semula Jadi |
Rujukan | Gambar sendiri (Muhamad Zarif Safwan) |
Huraian | Teks “ Gua Kelam Perlis Malaysia” yang diletakkan di batu dalam gambar tersebut menjelaskan di manakah tempat pemandangan gambar tersebut. Font teks yang berwarna putih menonjolkan teks teks tulisan tersebut kerana latar belakangnya yang agak sedikit gelap. Oleh itu, teks tersebut dapat dilihat dan jelas untuk difahami orang di mana keberadaan gambar pemandangan tersebut. |
Tema | Bunga |
Sumber | Gambar sendiri (Zarith Az Zahra bt Abd Halim) |
Huraian | Gambar yang dipaparkan merupakan gambar sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Gypsophila atau Baby Breath. Teks yang digunakan iaitu ‘Everlasting love and purify’ menunjukkan kasih sayang yang berpanjangan dan suci yang dilambangkan oleh bunga Baby Breath ini. Hal ini terbukti apabila bunga ini sering dijadikan gubahan untuk majlis perkahwinan dan sebagai hadiah untuk kelahiran bayi. Bunga ini juga sering digunakan untuk menzahirkan rasa kasih sayang antara manusia. |
Tema | Kenderaan |
Rujukan | Gambar sendiri (Ahmad Fahimi bin Omar) |
Huraian | Gambar motor di atas yang disunting dengan menambah elemen teks pada gambar tersebut memenuhi elemen teks seperti yang ditetapkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, penambahan teks pada gambar tersebut memberi persepsi kepada motor yang dinyatakan dalam gambar tersebut. Teks “125zr, penuh gaya dan versatile” memberi mesej berkenaan penggayaan motor jenis 125zr penuh gaya dan elegan. Teks dihias dengan jenis font yang menarik supaya pembaca merupakan peminat kepada sukan permotoran tertarik untuk turut serta menggayakan motor mereka. |
Tema | Kampung Halaman |
Rujukan | Gambar sendiri (Syed Abu Bakar bin Syed Abdul Rahman) |
Huraian | Gambar menunjukkan suasana kampung halaman. Bagi individu yang merantau jauh pastinya berasa rindu akan kampung halaman. Berdasarkan teks yang ditunjukkan dalam gambar, ia menerangkan satu mesej kepada audien tentang kerinduan terhadap kampung halaman sekiranya seseorang itu merantau jauh. Teks yang diberikan sangat berketepatan dengan gambar yang menunjukkan situasi di kampung halaman. |
TEMA | Produk Makanan |
RUJUKAN | Gambar Sendiri (MUHAMAD NUR AIMAN) |
HURAIAN | Berdasarkan gambar di atas, tulisan warna merah memainkan peranan penting bagi tujuan mempromosikan produk. Gambar ini juga menunjukkan bahawa tulisan memainkan peranan dalam memberikan maklumat tentang perisa yang terdapat di dalam produk makanan tersebut. |
Tema | Kata Motivasi |
Sumber | Gambar sendiri (Noor Hazifah bt Ahmad) |
Huraian | Berdasarkan gambar tersebut, teks yang digunakan sangat ringkas dan sesuai dengan maksud yang ingin disampaikan. Mutiara kata daripada Agnes Jessica berkenaan dengan analogi kehidupan ibarat lukisan ini dapat disampaikan dengan baik kepada audien melalui beberapa cara. Jadi, dalam grafik ini, penggunaan saiz dan jenis font yang berbeza menyebabkan teks pada gambar tersebut lebih menonjol kerana latar belakangnya yang agak kabur. Selain itu, pemilihan warna juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu grafik. Oleh itu, kesemua ini merupakan cara untuk menyampaikan makna teks yang ditambah dalam grafik. |
Tema | Minuman |
Sumber | Gambar sendiri (Megat Imran Alhakim Bin Megat Trawies) |
Huraian | Berdasarkan poster diatas, penggunaan teks yang ringkas. penggunaan ayat yang menarik minat pembaca untuk membaca. Saiz yang besar akan memudahkan audien untuk membacanya dan penggunaan font yang menarik juga dapat menarik minat pembaca untuk membacanya. Penggunaan warna pada teks juga menonjol dan memudahkan pembaca untuk membacanya dan penggunaan warna yang sesuai. Penggunaan ayat oleh Tealive menerangkan bahawa meminum air Tealive dapat menambah kegembiraan ketika hendak membeli belah. Hal ini bermaksud walaupun Tealive hanya air, Namun, ianya dapat memberi keseronokan untuk melakukan aktiviti seperti membeli-belah. Oleh itu, teks tersebut dikatakan berkesan kerana dapat menyampaikan mesej dengan baik dan berkesan dan juga dapat difahami dengan jelas. |
Tema | Buah-buahan |
Sumber | Gambar sendiri ( Muhd Firdaus ) |
Huraian | Gambar buah tersebut disunting dengan menambah teks untuk memenuhi elemen teks. Saiz font yang dipilih adalah sesuai dan senang untuk dibaca. Jenis font yang dipilih juga bersesuaian. Orang yang tidak mengenali jenis buah durian tersebut akan dibantu oleh font yang tertera di gambar. Oleh itu, teks amat membantu dalam penyampaian sesebuah maklumat yang terdapat di dalam gambar. |
Tema | Papan Iklan |
Sumber | Gambar Sendiri (Najihah bt Mohd Nasir) |
Huraian | Berdasarkan papan iklan tersebut, terdapat tiga warna sahaja yang digunakan iaitu hijau, hitam dan putih. Pemilihan warna tersebut memberi kesan terhadap iklan yang ingin disampaikan. Iklan yang ditonjolkan ini membolehkan pembaca memahami dengan baik dan jelas disebabkan warna pada tulisan tersebut terang kerana berlatar belakang hijau gelap. Oleh itu, pemilihan warna yang tepat dan sesuai dengan mesej dapat menjadikan grafik tersebut berkesan |
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment