BBM3410-2021-ASAS GRAFIK - MUDAH(INTERNET)- SANGGABUANA
- Get link
- X
- Other Apps
Tema | Papan iklan |
Rujukan | Google image (AFO) |
Huraian | Gambar yang dinyatakan di atas berkenaan dengan elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, visual yang ditunjukkan dalam papan iklan tersebut mudah difahami secara jelas iaitu berkenaan dengan iklan filem “Kungfu Panda”. Pembaca dapat mentafsir dengan mudah visual yang ditunjukkan walau tidak dinyatakan nama filem pada papan iklan tersebut. Grafik yang dihasilkan juga jelas sehingga memudahkan pembaca memahami perkara yang dimaksudkan oleh pereka papan iklan tersebut. |
Tema | Filem Inggeris (Hana) |
Rujukan | Aplikasi Pinterest |
Huraian | Dengan sekali imbas, audien dapat mengetahui dengan mudah bahawa poster di atas merupakan poster sebuah filem Inggeris yang terkenal, iaitu “Joker”. Hal ini dapat dilihat melalui teks yang tertera pada poster iaitu “Joker”. Selain itu, audien juga dapat meneka dengan mudah bahawa ia merupakan poster filem “Joker” melalui figura manusia iaitu “Joker” jika tiada perkataan “Joker” pada poster ini. Oleh itu, poster ini mudah difahami oleh audien tanpa sebarang kekeliruan. |
Tema | Iklan pasaraya |
Sumber | Google image |
Huraian | Berdasarkan gambar tersebut, pembaca dapat memahami teks dan penggunaan perkataan yang ringkas adalah ringkas dan mudah difahami. Mesej yang disampaikan juga adalah jelas penggunaan gambar barangan isi rumah dan pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir apa yang hendak ditunjukkan dalam poster tersebut. Hal ini menunjukkan pasaraya Giant dapat memberikan mesej kepada audiennya mengenai promosi yang mereka lakukan. Hal ini menunjukkan bahawa audien juga dapat mesej yang disampaikan oleh Giant |
Tema | Iklan Makanan |
Rujukan | |
Huraian | Berdasarkan gambar di atas, kita dapat menganggap ia merupakan sebuah iklan makanan. Teks yang ditunjukkan telah mendominasikan poster tersebut sebagai promosi sebuah burger. Poster tersebut jelas menunjukkan potongan harga sebanyak 25 peratus bagi sebuah hidangan. Kontra terhadap warna ilustrasi hidangan dan warna latar belakang telah menonjolkan gambar hidangan tersebut yang dapat difahami oleh khalayak. |
Tema | Bola sepak - zarif |
Rujukan | Google Image |
Huraian | Gambar berikut menerangkan berkaitan pertandingan bola sepak yang berprestij tinggi iaitu piala dunia yang berlangsung di negara Russia pada tahun 2018 lalu. Gambar ini mudah difahami oleh penonton apabila melihatnya dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk berfikir berkaitan maklumat gambar ini. |
Tema | Perayaan (zara) |
Sumber | Google Image |
Huraian | Berdasarkan gambar di atas, sesiapa sahaja yang melihat pasti memahami tujuan poster tersebut dipaparkan. Poster tersebut menunjukkan ucapan selamat hari raya dan disertakan grafik rumah kampung, pelita dan masjid. Ini kerana, lambang-lambang seperti rumah kampung, pelita dan masjid sering digunakan di dalam iklan hari raya sama ada berbentuk video mahupun foto. Hal ini menjelaskan lagi bahawa sesiapa sahaja yang melihat walaupun sekali pandang, individu tersebut dapat memahami grafik tersebut tanpa sebarang kekeliruan mahupun mentafsir makna tersirat. |
TEMA | HAIWAN - aiman |
RUJUKAN | GOOGLE IMAGE |
HURAIAN | Berdasarkan gambar di atas menunjukkan seekor penyu yang menetas dari telurnya. Gambar ini mudah difahami oleh penonton tanpa memerlukan teks ataupun sebarang penerangan. Oleh itu, penonton mengetahui gambaran menunjukkan bahawa itulah permulaan hidup seekor penyu. |
Tema | Pakaian (Hazifah) |
Sumber | Google image |
Huraian | Gambar tersebut menunjukkan iklan baju kurung berjenama Sabella. Grafik model muslimah berpakaian baju kurung dengan gandingan teks “ Baju viral tanpa gosok ” itu dapat memudahkan pembaca untuk memahami mesej yang disampaikan. Maksud yang ingin disampaikan disebalik iklan itu ialah baju keluaran Sabella ini dapat membantu dan memudahkan orang ramai untuk kelihatan bergaya dalam masa yang singkat. Oleh itu, slogan “baju viral tanpa gosok” memainkan peranan penting dalam gambar tersebut. |
Tema | Iklan makanan |
Sumber | Google image (Muhd Firdaus) |
Huraian | Elemen yang dipaparkan oleh gambar tersebut ialah elemen mudah. Hal ini kerana masyarakat amat mengenali karakter lelaki tersebut. Apabila melihat gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memikirkan makanan. Makanya, gambar ini sesuai dengan elemen mudah. |
Tema | Rak Buku |
Rujukan | Google Image |
Huraian | Berdasarkan gambar yang dinyatakan, pembaca dapat memahami dengan mudah paparan gambar yang dinyatakan iaitu terdapat sebuah rak buku yang ingin dijual di sebuah kedai perabot. Apa yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir apa yang ditunjukkan dalam gambar tersebut walau elemen teks dimasukkan. Oleh itu, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah. |
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment