BBM3410-2021-ASAS GRAFIK- MUDAH (gambar sendiri) -SANGGABUANA

 



Tema

Alat permainan

Rujukan

Gambar sendiri (Ahmad Fahimi bin Omar)

Huraian

Berdasarkan gambar yang dinyatakan, pembaca dapat memahami dengan mudah paparan gambar yang dinyatakan iaitu terdapat binatang alpaca mainan di atas papan kekunci. Apa yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir apa yang ditunjukkan dalam gambar tersebut walau elemen teks dimasukkan pembaca masih boleh memahami secara tuntas. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah.













Tema

Persahabatan

Rujukan

Gambar sendiri (Siti Nurhana Shafirah binti Mat Nazir)

Huraian

Dengan melihat foto ini, audien dapat memahami dengan mudah bahawa foto ini menunjukkan satu persahabatan. Ia dapat dilihat melalui teks yang tertera. Bukan itu sahaja, istilah persahabatan juga dapat dilihat dengan mudah melalui ekspresi wajah mereka yang gembira dan mereka juga kelihatan rapat antara satu sama lain. Jelaslah bahawa, mesej grafik ini mudah difahami oleh audien.










Tema

Alam Sekitar

Rujukan

Gambar sendiri (Syed Abu Bakar bin Syed Abdul Rahman)

Huraian

Gambar yang diambil menunjukkan keadaan parit yang kotor dan kering. Ia juga menunjukkan ketidakpedulian masyarakat terhadap parit yang telah kotor tersebut dan kelihatan semakin mengering. Audien juga dapat memahami bahawa gambar tersebut mengajar mereka supaya menjaga alam sekitar yang menjadi keperluan harian manusia. Penghayatan dalam penjagaan alam sekitar juga dapat diterapkan supaya audien tidak membuang sampah ke dalam saliran dan mencintai alam sekitar supaya dalam keadaan bersih dan terpelihara. 










Tema

Alat Permainan Lego

Rujukan 

Gambar sendiri (Muhamad Zarif Safwan)

Huraian 

Berdasarkan gambar alat permainan lego tersebut, dapat difahami bahawa ia menerangkan berkaitan situasi di lapangan terbang dengan adanya kapal terbang dan kereta mengangkut barang di kawasan kapal terbang tersebut. Gambar ini sangat mudah untuk difahami kerana hanya menggunakan elemen kapal terbang dan kereta mengangkut barang di sebelah kapal terbang lego tersebut. Apabila melihat sekali lalu kita dapat memahami bahawa gambar itu merujuk kepada situasi di kawasan lapangan terbang dengan hanya menggunakan dua objek alat permainan lego tersebut dapat menerangkan sesuatu keadaan atau situasi tempat.


 






Tema

Matahari Terbit

Sumber

Gambar sendiri (Zarith Az Zahra Bt Abd Halim)

Huraian

Berdasarkan gambar di atas, pembaca dapat memahami dengan mudah hubungan di antara gambar dan ayat yang disertakan dalam gambar tersebut. Gambar tersebut yang dirakam saat matahari terbit berpadanan dengan kata-kata tersebut. Pembaca tidak perlu memikirkan adanya makna tersirat dalam ayat atau gambar tersebut. Gambaran matahari terbit itu melambangkan hadirnya hari yang baharu dalam kehidupan seseorang. 








TEMA

HAIWAN

RUJUKAN

GAMBAR SENDIRI (MUHAMAD NUR AIMAN)

HURAIAN

Berdasarkan gambar di atas, menceritakan seekor kucing peliharaan yang berwarna putih berada di dalam sangkar. Gambar ini memenuhi ciri-ciri elemen mudah tanpa memerlukan sebarang penerangan. Gambaran ini menunjukkan bahawa seekor kucing peliharaan kerana berada dalam keadaan baik, cantik dan kemas.







                       




Tema

Pondok Usang

Sumber

Gambar sendiri ( Noor Hazifah bt Ahmad)

Huraian

Gambar tersebut menunjukkan terdapat sebuah pondok usang yang berada di kawasan sawah padi. Dengan sekali imbas, pembaca dapat memahami dan mentafsir dengan mudah kegunaan pondok ini. Disebabkan pondok ini berada di kawasan sawah padi, sudah tentulah pondok ini merupakan tempat sementara untuk para petani berehat dan berteduh. Suasana di sekitar pondok ini juga kelihatan mendamaikan dan menenangkan seolah-olah boleh menjadi terapi bagi mengurangkan sedikit penat lelah para petani.



 

Tema

Kenderaan

Sumber

Gambar sendiri ( Muhd Firdaus )

Huraian

Elemen yang wujud di dalam gambar tersebut ialah elemen mudah. Apabila melihat gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memberikan maklumat bahawa gambar tersebut merujuk kepada sebuah kenderaan iaitu sebuah motosikal





Tema

Bunga Matahari

Rujukan

Gambar sendiri (Najihah bt Mohd Nasir)

Huraian

Berdasarkan gambar yang dinyatakan, pembaca dapat memahami dengan mudah paparan gambar yang dinyatakan iaitu terdapat sekuntum bunga matahari berwarna pink. Apa yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kerana kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir apa yang ditunjukkan dalam gambar. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah.




Tema

Hadiah

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Elemen yang dipaparkan oleh gambar tersebut ialah elemen mudah. Hal ini kerana penggunaan teks seperti ‘happy birthday’ yang menerangkan bahawa ianya merupakan hadiah untuk hari lahir seseorang. Apabila melihat gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memikirkan hadiah. Gambar tersebut boleh juga merujuk sebagai tanda penghargaan Makanya, gambar ini sesuai dengan elemen mudah.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT KUMPULAN SANGGABUANA

BBM3410-2021-MINGGU 4- CERITA SOSIAL