BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA
Pendekatan Analisis Wacana
(Normaliza Abd Rahim, 2018)
PRA-ANDAIAN | EMOSI | NILAI DAN BUDAYA | BAHASA | INFERENS |
|
1. Intuisi | 1. Positif | 1. Diri | 1. Bahasa pertama/ kedua/ ketiga | 1. Rumusan keseluruhan |
|
2. Konteks · Penerimaan/Penafian · Keperluan · Perujukan · Anafora · Pengulangan · Kekaburan · Penegasan
| 2. Negatif | 2.Masyarakat | 2. Formal/ tidak formal | 2. Rumusan topik perbincangan | |
3. Emosi Bercampur | 3. Adat · Jujur, ikhlas, baik hati, kerajinan, kesyukuran, keserderhanaan · Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan · Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat · Keadilan, kebebasan rasional | ||||
3. Kesalahan bahasa | 3. Penutup kata
| ||||
4. Linguistik |
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus Terengganu.
Emosi
Emosi ialah satu perasaan yang muncul dalam diri seseorang secara zahirnya. Emosi juga boleh berubah-ubah mengikut situasi. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu emosi negatif dan emosi positif. Emosi pula dilihat melalui perangai, personaliti, mood, dan motivasi diri dan dari luar.
Nilai dan Budaya
Nilai dan buidaya sering dikaitkan dengan diri, masyarakat dan adat yang diamalkan. Nilai adalah perkara yang baik dan positif seperti rajin, hormat-menghormati dan lain-lain manakala budaya pula adalah adat yang diamalkan atau dipratikkan oleh masyarakat sehingga menjadi norma dalam kehidupan mereka.
Bahasa
Bahasa boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga. Selain itu, bahasa dikategorikan kepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Kesalahan dalam bahasa juga dianalsis supaya nampak lebih kritis. Di samping itu, aspek linguistik juga dititikberatkan supaya huraian nampak lebih jelas dan padat.
Inferens
Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap satu analisis ini perlu dibincangkan supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini lebih lengkap dan jelas.
Comments
Post a Comment