BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 Elemen Asas Grafik 

Bahagian ini menjelaskan lima elemen grafik iaitu mudah, warna, teks, keserasian dan keseimbangan.


1. Mudah

Mudah boleh ditafsirkan sebagai satu keadaan yang mudah difahami melalui penglihatan seseorang itu sama ada benda yang dilihat itu dalam bentuk foto ataupun video. Selain itu, mudah juga boleh dilihat sebagai satu info atau mesej yang hendak disampaikan dalam gambaran tersebut tanpa sebarang masalah atau kekeliruan. 

Misalnya:

Sekeping foto kereta berwarna merah yang terletak di tempat letak kereta. Sesiapa yang melihat foto tersebut boleh memahami bahawa foto tersebut adalah sebuah kereta yang berwarna merah.

2. Warna

Warna didefinisikan sebagai kombinasi atau campuran warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun video. Gambaran tersebut haruslah tidak melebihi campuran tiga atau lebih warna dalam foto mahupun video tersebut. Perkara ini diperlukan untuk memberikan fokus terhadap gambaran tersebut.

Misalnya:

Sekeping foto sebuah kereta berwarna merah, disertai dengan pokok yang berwarna hijau dan langit yang berwarna bitu. Foto ini mempunyai kombonasi warna yang menarik dan sesuai yang membolehkan sesiapa sahaja yang melihat foto itu dapat memfokuskan kepada kereta, pokok dan langit.

3. Teks

Teks merujuk kepada jenis tulisan dan saiz yang digunakan dalam persembahan grafik. Selain itu, kandungan teks yang digunakan mestilah bersesuaian dengan foto mahupun video yang diambil. hal ini bertujuan untuk memberi pencerahan serta mesej yang ingin disampaikan dapat diterima baik oleh orang ramai. Di samping itu, pemilihan warna bagi teks juga amat penting dalam mempengaruhi sesuatu foto atau video tersebut.

Misalnya:

Iklan kempen alam sekitar yang mengandungi teks "Pelihara Alam Sekitar" memberi kesedaran untuk menjaga dan memelihara alam. Oleh itu, jenis teks dan saiz yang digunakan juga memainkan peranan yang penting supaya sesiapa yang melihat iklan tersebut tidak terlepas pandang atau mengambil ringan terhadap mesej yang ingin disampaikan itu.

4. Kesesuaian

Kesesuaian dalam grafik bermaksud grafik yang digunakan mestilah bersesuaian dengan latar yang ada di dalam sebuah foto mahupun video. Grafik tersebut haruslah kena dengan latar tempat, latar masa dan juga latar watak yang ada di dalam sesuatu foto atau video tersebut. 

Misalnya:

Foto seorang kanak-kanak yang sedang bermain dengan kawannya di halaman rumah di dalam foto. Kanak-kanak tersebut sedang menangis bersebelahan kawannya. Tulisan yang terdapat di foto itu adalah buli. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kawannya itu telah membuatkan kanak-kanak tersebut menangis. Maka, grafik yang digunakan bersesuaian dengan gambaran yang digunakan.

5. Keseimbangan

Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang yang digunakan di dalam foto ataupun video itu. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang di kiri, kanan, atas dan bawah foto mahupun video. Ruang tersebut hendaklah diseimbangkan penggunaannya sama ada menggunakan ruang kosong ataupun grafik yang sama berat. Namun, seimbang juga diterima apabila grafik dilihat disampaikan dengan baik. 

Misalnya:

Iklan papan tanda oleh jenama 'Puma' yang memaparkan gambar orang yang sedang berlari di sebelah kanan, penggunaan teks di sebelah kiri, gambar awan di ruang atas dan bawah dan penambahan gambar cahaya matahari di sebelah kanan bagi memenuhi ruang kosong yang ada. Jadi iklan papan tanda tersebut kelihatan seimbang dengan grafik yang digunakan. Kesemua ruang digunakan dengan maksimum mesej juga dapat disampaikan. 



Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit UPM, Serdang.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT KUMPULAN SANGGABUANA

BBM3410-2021-MINGGU 4- CERITA SOSIAL