BBM3410-2021-MINGGU 1A
Assalamualaikum, hai semua. sebelum saya perkenalkan diri, saya ingin maklumkan yang saya akan menggunakan bahasa formal dan agak skema di dalam blog saya kerana saya rasa ianya akan mudah difahami. jika ada yang berkomunikasi dengan saya dengan bahasa yang tidak formal, saya juga akan membalasnya dengan cara yang tidak formal. Yang penting anda selesa dengan gaya anda.
Saya tahu Blog telah wujud lama namun ini merupakan kali pertama saya menggunakan BLOG. Nama saya Megat Imran Alhakim Bin Megat Trawies bernombor matriks 203917. Boleh panggil Megat atau Imran, ikut keselesaaan masing-masing. saya merupakan seorang pelajar jurusan Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia dan sekarang ini alhamdulillah berada di Tahun 2 Semester 4. Saya berasal dari Pulau Pinang. Saya merupakan anak sulung dan mempunyai 5 orang adik. Saya suka luangkan masa dengan melakukan aktiviti luar tapi kadang-kadang ada rasa malasnya dan aktiviti masa saya malas adalah tidur.hahahaha. Saya suka melakukan aktivit yang mendatangkan faedah buat diri aya. Saya kadang-kala seorang yang 'introvert', kadang-kadang 'extrovert'. bergantung dengan cara seseorang itu layan saya. senang kata saya ini seorang 'Ambivert'. Adakala saya luangkan masa bersama rakan dan keluarga, dan adakala saya lebih selesa bersendirian. kalau nak tahu lebih tentang saya kenalahh kenal saya dulu sebab saya ini susah nak percaya orang. okayy setakat itu saja pengenalan saya . sehingga kita bertemu lagi di masa hadapan. doa-doakan..InsyaAllah..Aaminn.
Comments
Post a Comment